RAFIQ Razali (enam dari kanan) dan Khairul Kamarudin (lima dari kir) bergambar bersama pengurusan kanan Media Prima ketika lawatan korporat Bank Muamalat ke Sri Pentas, Bandar Utama. Foto ASYRAF HAMZAH
RAFIQ Razali (enam dari kanan) dan Khairul Kamarudin (lima dari kir) bergambar bersama pengurusan kanan Media Prima ketika lawatan korporat Bank Muamalat ke Sri Pentas, Bandar Utama. Foto ASYRAF HAMZAH
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


KUALA LUMPUR: Bank Muamalat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Media Prima Berhad (Media Prima) dalam usaha untuk terus memperkenalkan institusi perbankan itu kepada umum.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata ini kerana masih ramai pihak tidak menyedari kewujudan bank berkenaan dan apa yang ditawarkan oleh mereka.

"Jadi inilah masa di mana dengan kerjasama antara Bank Muamalat dan Media Prima, akan memberi peluang kepada kami untuk mempamerkan keupayaan yang ada iaitu betapa mudahnya membuat urusan dengan Bank Mualamat termasuk dalam pembiayaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan korporat di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, di sini, hari ini.

Lawatan itu diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Rosli Sabarudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Bank Muamalat, Amirul Nasir Abdul Rahim; Ketua Pegawai Strategi Bank Muamalat, Mohammad Fairuz Mohd Radi dan Pengarah Perbankan Runcit Bank Muamalat, Zury Rahimee Zainal Abiden.

RAFIQ Razali (empat dari kiri) menerima lawatan Khairul Kamarudin (tiga dari kanan) ketika lawatan korporat Bank Muamalat ke Sri Pentas, Bandar Utama. Foto ASYRAF HAMZAH
RAFIQ Razali (empat dari kiri) menerima lawatan Khairul Kamarudin (tiga dari kanan) ketika lawatan korporat Bank Muamalat ke Sri Pentas, Bandar Utama. Foto ASYRAF HAMZAH

Mengulas lanjut, Khairul berkata, ketika ini kerjasama dijalankan antara Bank Muamalat dengan Media Prima adalah berbentuk pengiklanan di stesen radio Hot.FM.

Katanya, iklan itu bermula pada awal bulan ini bagi kempen Super Saver Superb Prizes yang sudah berlangsung mulai 1 Ogos lalu sehingga 31 Januari 2023.

"Justeru kami berharap kerjasama yang dijalankan ini sekali gus akan mewujudkan kesedaran terutama di kalangan pelanggan berpotensi yang masih ramai di luar sana.

"Ini yang kami harapkan apabila dapat bekerjasama dengan syarikat ternama seperti Media Prima kerana ia sekali gus membantu melonjakkan jenama dan kedudukan Bank Muamalat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2022 @ 9:34 PM