Pasukan bomba menjalankan operasi pencarian di tebing sungai sepanjang empat kilometer. FOTO Ihsan Bomba
Pasukan bomba menjalankan operasi pencarian di tebing sungai sepanjang empat kilometer. FOTO Ihsan Bomba
Juwan Riduan


Tenom: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, di sini, sejak Sabtu lalu, masih gagal ditemukan.

Mangsa Alphonius @Ebon Ambabai yang berusia 25 tahun terbabit dilaporkan hilang ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian yang dijalankan hari ini terbahagi kepada empat kumpulan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat berkenaan dijalankan menggunakan kaedah surface rescue di tebing sungai sepanjang empat kilometer.

"Berdasarkan maklumat terkini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5.10 petang tadi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi akan disambung semula pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 9:05 PM