Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Lelaki yang ditemui lengkap berpakaian dalam tali air di Kerpan, tengah hari semalam dipercayai mangsa bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G Suresh Kumar berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa berusia 27 tahun itu disyaki dibuang dalam tali air itu lebih dari 24 jam dan setakat ini punca kematian masih dalam siasatan.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan kita sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun Suresh berkata, setakat ini tiada tangkapan dilakukan membabitkan kejadian itu.

Katanya, Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Unit Anjing Pengesan (K-9) sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian.

MAYAT mangsa ditemui dalam tali air. FOTO ihsan pembaca
MAYAT mangsa ditemui dalam tali air. FOTO ihsan pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2022 @ 3:07 PM