PETUGAS perubatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak di Pusat Pemberian Vaksin Tapak Pesta Sungai Nibong. FOTO MIKAIL ONG
PETUGAS perubatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak di Pusat Pemberian Vaksin Tapak Pesta Sungai Nibong. FOTO MIKAIL ONG
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,085,977 atau 30.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,657,180 kanak-kanak atau 46.7 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,907,463 atau 93.4 peratus lengkap menerima vaksinasi manakala 3,004,613 atau 96.5 peratus daripada kumpulan sama sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,075,262 atau 68.3 peratus golongan dewasa sudah menerima dos penggalak manakala 22,972,212 atau 97.6 peratus lengkap dua dos dan 23,248,104 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 12,667 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam membabitkan 4,384 dos pertama, 5,188 dos kedua dan 3,095 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,737,211.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sejumlah tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, iaitu sebanyak dua kes direkodkan di Selangor diikuti satu kes di Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2022 @ 9:32 AM