LAPORAN Harian Metro sebelum ini
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus memperketatkan kawalan di perairan negara bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk pelarian Rohingya.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya sudah mempertingkatkan rondaan di udara bagi mengesan sebarang cubaan kapal membawa Pati masuk ke negara ini.

"Namun setakat ini hasil pemeriksaan dijalankan di udara tiada pengesanan baharu kapal membawa Pati terutama etnik Rohingya ke negara ini

"Hampir 2,500 pegawai dan anggota APMM bertugas di darat, udara dan di pusat operasi termasuk bersiap sedia untuk kes operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang musim perayaan ini," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan lebih 100 Pati dipercayai terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh ditahan polis di perairan Kuala Gula dekat sini, 30 April lalu.

Kesemua mereka itu ditahan pada 10 pagi selepas bot yang membawa mereka terkandas di benteng pasir di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2022 @ 12:44 PM