PENGANJURAN majlis berbuka puasa bersama anak yatim oleh Alkhairi Charity baru-baru ini. FOTO ihsan Alkhairi Charity
PENGANJURAN majlis berbuka puasa bersama anak yatim oleh Alkhairi Charity baru-baru ini. FOTO ihsan Alkhairi Charity

Kuala Lumpur: Alkhairi Charity Organization (Alkhairi Charity) meneruskan aktiviti menyantuni golongan kurang berkemampuan sepanjang Ramadan.

Baru-baru ini, Alkhairi Charity menganjurkan program agihan bubur lambuk selain meraikan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan agihan pek makanan asas kepada asnaf.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu sebelum ini terbabit dengan penganjuran kempen Infaq Telaga Kasih, sebelum mengembangkan kerja khidmat masyarakat kepada asnaf dan fakir miskin.

Hasil kempen Infaq Telaga Kasih, sebanyak 2,400 telaga pam air dibina sepanjang dua tahun dan memanfaatkan 200,000 orang.

Alkhairi Charity giat menggerakkan belia untuk turun padang menyantuni asnaf dan masyarakat.

Kebajikan adalah salah satu kaedah menjadikan seseorang belia berketrampilan dan memiliki sifat empati terhadap orang kurang bernasib baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2022 @ 1:42 PM