ANGGOTA bomba terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan jari mangsa. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan jari mangsa. FOTO ihsan bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Ampang: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menahan kesakitan lebih 30 minit selepas ibu jari kanannya tersepit di tombol pintu, hari ini.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian dari Bahagian Kecemasan Hospital Ampang sebaik menerima pesakit terbabit.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke Hospital Ampang, Jalan Pandan Mewah di sini, sebaik menerima panggilan jam 4.47 petang.

"Sebaik tiba, anggota mendapati jari tangan kanan seorang kanak-kanak lelaki tersepit tombol pintu.

"Anggota kemudian membuat kerja menyelamat menggunakan peralatan khas dan jari mangsa berjaya dikeluarkan. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.30 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 7:05 PM