GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Sebanyak 567 pihak mendapat kebenaran bagi berniaga di tujuh tapak bazar Ramadan di kawasan Majlis Perbandaran Kluang (MPK), tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Norliyati Md Nor berkata, lokasinya adalah di Jalan Manggis dan Jalan Durian, Jalan Cengkih di Taman Makmur, Tapak Penjaja Taman Intan, Jalan 10 Taman Sri Kluang (Tapak Pasar Tani), Jalan 13 Taman Kluang Barat, kawasan parkir Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dan Jalan Seri Impian 1/1 Bandar Seri Impian.

"MPK turut meluluskan 300 petak bagi jualan di empat Bazar Aidilfitri iaitu Jalan Persiaran Dato Haji Ismail Hassan, Dataran Kampung Melayu (berhadapan Terminal Bas Kluang), Jalan Ciku di pusat bandar dan Jalan Seri Impian 8/1D Impiana Square Bandar Seri Impian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2022 @ 11:50 AM