Foto hiasan
Foto hiasan
K Mohana Priya

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, berkuat kuasa hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya hari ini, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Selangor, Pahang, Sarawak Barat dan Sabah Timur sehingga 1 tengah hari ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

"Bagi perkapalan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, timur laut Samui, Sulu sehingga 1 tengah hari.

Menurut MetMalaysia, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

"Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2022 @ 10:25 AM