Dr Izani Husin
Dr Izani Husin
BERNAMA

Kota Bharu: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin disahkan positif Covid-19 sejak Selasa lalu.

Menurut kenyataan media pejabatnya di Facebook, beliau kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

"Semoga Allah SWT memberi kesembuhan dan memudahkan urusan kita semua. Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan bersama," menurut kenyataan itu, semalam.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook, anak Dr Izani, Shahid memaklumkan bahawa ibu bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Semoga Allah memberi kekuatan untuk ayah dan umi yang diuji dengan Covid-19. Sekarang (mereka) dirawat di ICU HRPZ II. Sama-sama doakan kesihatan ayah (dan) umi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Februari 2022 @ 1:02 PM