Seorang wanita pengsan dipercayai terhidu bau asap selepas tilam di dalam bilik rumahnya terbakar dalam kejadian kebakaran dekat Taman Bernam Baru, pagi tadi, hari ini. FOTO IHSAN JBPM
Seorang wanita pengsan dipercayai terhidu bau asap selepas tilam di dalam bilik rumahnya terbakar dalam kejadian kebakaran dekat Taman Bernam Baru, pagi tadi, hari ini. FOTO IHSAN JBPM
Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Seorang wanita yang pengsan dipercayai terhidu asap tebal selepas tilam di dalam biliknya terbakar diselamatkan sepasukan bomba di Taman Bernam Baru, dekat sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.35 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dibantu BBB Slim River dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, tiba di tempat kejadian ada seorang wanita 23 tahun pengsan dalam kepulan asap di sebuah bilik selepas tilam dalam bilik terbabit terbakar.

"Kejadian kebakaran hanya membabitkan sebuah tilam sahaja dan anggota bomba terpaksa memecahkan pintu bilik dengan menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri.

"Mangsa tidak sedarkan diri dipercayai terhidu asap yang memenuhi ruang di dalam bilik terbabit," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, mangsa yang berjaya diselamatkan itu dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 4:43 PM