Kedua-dua mangsa ditemukan selamat selepas 15 jam hilang di dalam hutan Kampung Binyuk, Jalan Tanjung Bako, Kota Samarahan. FOTO MELVIN JONI
Kedua-dua mangsa ditemukan selamat selepas 15 jam hilang di dalam hutan Kampung Binyuk, Jalan Tanjung Bako, Kota Samarahan. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


Kota Samarahan: Lelaki warga emas dan cucu perempuannya ditemukan selamat selepas 15 jam hilang di dalam hutan Kampung Binyuk, Jalan Tanjung Bako di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Aidil Junit, 71, dan Nurul Suhada, 12, dijumpai 2.43 pagi hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

"Mangsa pertama iaitu Nurul selamat sampai di Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) pada 3.21 pagi manakala Aidil berjaya keluar bersama pasukan penyelamat pada jam 3.31 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selepas ke hutan untuk mencari buah asam paya pada tengah hari.

Pada awal, Nurul dapat dihubungi namun terputus talian kerana telefon bimbit mangsa kehabisan bateri.

Ketika pencarian dijalankan, pasukan SAR mendengar suara mangsa menjerit meminta tolong namun gagal mengesan kedudukan sebenar mereka di hutan.

Usaha mencari mangsa membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, polis dan penduduk kampung.

Turut berada di lokasi kejadian Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Stakan Datuk Hamzah Ibrahim.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 11:11 AM