SUKARELAWAN kini banyak membantu membersihkan, surau, masjid  dan  sekolah yang dinaiki air di Jerantut. FOTO Roselan Ab Malek
SUKARELAWAN kini banyak membantu membersihkan, surau, masjid dan sekolah yang dinaiki air di Jerantut. FOTO Roselan Ab Malek
Roselan Ab Malek


Jerantut: Mangsa banjir di Pahang terus berkurangan setakat 12 tengah hari ini apabila 25,104 orang dari 7,452 keluarga ditempatkan di 172 Pusat Perpindahan Sementara (PPS) berbanding 34,396 orang, 4 petang semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata, pada masa ini dua daerah iaitu Jerantut dan Raub menutup PPS yang ada kerana semua mangsa pulang ke rumah masing-masing, awal pagi tadi.

Katanya, pada masa ini mangsa banjir membabitkan enam daerah sahaja.

Kuantan masih mempunyai 3,286 mangsa banjir yang ditempatkan di 21 PPS membabitkan 852 keluarga manakala Maran mempunyai 1,425 mangsa daripada 414 keluarga di 27 PPS dan Bentong mempunyai 4,590 mangsa daripada 1,576 keluarga di 17 PPS.

Di Pekan terdapat 1,526 mangsa daripada 491 keluarga di 20 PPS, Bera mempunyai 2,284 mangsa dengan 658 keluarga di 22 PPS manakala di Temerloh terdapat 11,842 mangsa daripada 3,393 keluarga di 63 PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 1:12 PM