GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Roselan Ab Malek

Jerantut: Tanah runtuh berhampiran stesen minyak Petron, Genting Permai di sini, semalam tidak membabitkan mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani pada kenyataan berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan berlaku tanah runtuh yang menyebabkan laluan utama berhampiran stesen minyak itu terhalang.

Katanya, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands diarahkan ke lokasi.

Turut ke lokasi ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani.

"Yusri mengesahkan bahawa runtuhan tanah itu tidak membabitkan mangsa.

"Kerja-kerja pembersihan tanah di lokasi itu dijalankan dengan menggunakan sebuah jengkaut. Jalan itu kemudiannya dibuka semula jam 10 malam tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 2:59 PM