Semua gajah yang terdapat di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Lanchang berada dalam keadaan selamat walaupun pusat itu kini dilanda banjir sejak semalam dan hari ini. FOTO IHSAN PERHILITAN

Roselan Ab Malek

Temerloh: Semua gajah yang ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Lanchang berada dalam keadaan selamat walaupun pusat itu turut dilanda banjir.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia memaklumkan pusat berkenaan dinaiki air sejak semalam.

"Paras air dari sungai berhampiran yang melimpah naik sehingga ke kawasan tempat letak kenderaan.

"Bagaimanapun, semua gajah denak dan anak gajah selamat dipindahkan ke tempat lebih tinggi di sekitar kawasan PKGK, malah kakitangan PKGK juga berada dalam keadaan baik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Perhilitan memohon orang ramai mendoakan keselamatan warga PKGK supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 6:09 PM