Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Paras air di kebanyakan sungai di Terengganu mula menunjukkan trend penurunan setakat jam 8 pagi.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, hanya satu sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman dengan bacaan 18.53 meter (m) melepasi paras normal 15 m.

Sementara itu, lima lagi sungai melepasi paras amaran iaitu tiga di Dungun serta dua di Kemaman.

Di Dungun, ia membabitkan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dengan bacaan 36.57 m, Sungai Dungun di Kuala Jengai (20.74 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (11.54 m).

Dua lagi sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman masing-masing dengan bacaan 13.71 m dan 3.78 m.

Selain itu, dua sungai melepasi paras waspada iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu dengan bacaan 11.98 m dan Sungai Cherul di Jambatan Ban Ho, Kemaman yang berada pada paras 17.38 m.

KEADAAN banjir di Kampung Shukor, Dungun. FOTO BERNAMA
KEADAAN banjir di Kampung Shukor, Dungun. FOTO BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 9:43 AM