BERNAMA

Kuala Lumpur: Penganjran sambutan tahun baru 2022 secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

"Bagi sambutan tahun baru dan perayaan Krismas kecil-kecilan bersama keluarga dan rakan, ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut perlu dilakukan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, Khairy memaklumkan Malaysia mengesan satu lagi kes varian Omicron membabitkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara berumur lapan tahun, yang tiba dari Lagos, Nigeria pada 5 Disember lalu.

Kes pertama dikesan 3 November lalu membabitkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun.

PENGANJRAN sambutan tahun baru 2022 secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan. FOTO Arkib NSTP
PENGANJRAN sambutan tahun baru 2022 secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan. FOTO Arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 2:12 PM