Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Bukan sedikit 'pengumpul pahala' apabila sejumlah 576.98 hektar (1,425.76 ekar) tanah wakaf didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam (MAIS) sehingga Oktober 2021.

MAIS adalah pemegang amanah tunggal harta wakaf mengikut Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, daripada jumlah itu, 92.24 peratus daripada hartanah wakaf itu sudah dibangunkan dengan tujuan tertentu atas niat pewakaf yang dikategorikan sebagai Wakaf Khas.

Katanya, tanah berkenaan dibangunkan untuk institusi keagamaan, pendidikan dan kebajikan. Sebagai contoh, masjid, surau, tapak perkuburan, sekolah, pusat tahfiz, rumah anak yatim, rumah warga emas dan sebagainya.

"Sejumlah 6.69 peratus daripada hartanah wakaf itu juga dirancang untuk dimanfaatkan atau dibangunkan dengan cadangan projek pembangunan yang mampu memberi nilai tambah dan meningkatkan ekonomi ummah seperti projek pembangunan perumahan, pembangunan komersil perniagaan pembangunan secara bercampur.

"Manakala sejumlah 1.07 peratus hartanah wakaf yang tidak dapat dimanfaatkan atau dibangunkan disebabkan faktor keluasan yang kecil, berkongsi geran serta kurang memberikan nilai ekonomi, akan dilepaskan dan dijual melalui kaedah," katanya pada Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, tadi.

Mohd Zawawi menjawab pertanyaan Haniza Mohamed Talha (Bersatu-Lembah Jaya) mengenai keluasan tanah wakaf serta apa yang dilakukan terhadap tanah wakaf sedia ada.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 4:37 PM