LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Polis masih menunggu pengesahan Jabatan Kimia berhubung dakwaan dua lelaki yang terjatuh dari buaian berpusing di tapak pesta ria berhampiran pusat beli belah di Cheras Selatan, dekat Kajang, kelmarin, mabuk.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan lanjut dan pengesahan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kimia diperlukan untuk melengkapkan siasatan.

Dalam kejadian 12.05 tengah malam, kelmarin, mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang di lokasi kejadian.

Seorang daripada mangsa berusia 30-an mengalami kecederaan dan siasatan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah.

Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada terdapat unsur kecuaian pada pihak pemilik 'funfair' atau mangsa sendiri.

Berita berkaitan:

  • Lelaki maut jatuh dari buaian 'funfair'
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 November 2021 @ 1:30 PM