Petugas Cuckoo di PPV Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto Ihsan Cuckoo
Petugas Cuckoo di PPV Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto Ihsan Cuckoo
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Sebanyak 24 pusat pemberian vaksin (PPV) menerima tajaan penapis air dan udara dari Cuckoo sepanjang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International KC Hoe berkata, dalam membantu dan menyokong usaha menangani wabak Covid-19 bersama Malaysia, pencipta rumah sihat, Cuckoo International Sdn Bhd dengan rendah hati menawarkan khidmatnya kepada negara dengan penajaan penapis air dan udaranya di 24 PPV di seluruh negara sejak permulaan program vaksinasi negara.

"Kami percaya bahawa usaha vaksinasi negara adalah satu pendekatan yang kritikal dan penting bagi membantu Malaysia dalam menangani krisis wabak yang berlanjutan ini dan seterusnya menempatkan negara ke atas landasan masa depan Malaysia yang lebih sihat dan bahagia.

"Bagi menyokong usaha vaksinasi negara, kami amat gembira kerana berpeluang untuk menawarkan khidmat kami kepada negara dengan menlengkapi pusat pemberian vaksin dengan penapis air dan udara Cuckoo," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoe berkata, ia selaras dengan usaha berterusan pihaknya untuk #samasama berjuang bersama warga Malaysia, terutamanya dalam masa yang amat mencabar ini.

"Kami juga berharap dapat #samasama menuju ke masa depan yang lebih sihat dan bahagia bersama warga Malaysia.

"Sepanjang program vaksinasi negara, Cuckoo giat menaja dan memasang penapis air dan udaranya di 24 pusat pemberian vaksin di seluruh negara," katanya,

Beliau berkata, pelbagai jenis PPV termasuk PPV Komuniti dan PPV Mega ditaja antaranya di Stadium Bukit Jalil, Arena Axiata, SPICE Arena, Austin International Convention Centre (AICC) [PIKAS] dan Stadium Sultan Abdul Halim.

"Penapis air Cuckoo yang ditaja bukan sahaja dapat membekalkan air bersih beralkali ringan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertugas di PPV, malah ia juga ditawarkan kepada penerima vaksin di PPV berkenaan," katanya,

Menurutnya, penapis udara Cuckoo yang ditempatkan di PPV mampu membekalkan udara yang lebih selamat, bersih dan segar di dewan yang tertutup.

"Kami akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memerangi wabak ini. Ia selaras dengan usaha dan misi kami bagi membentuk dan membantu lebih ramai warga Malaysia memiliki kediaman yang lebih selamat, sihat dan bahagia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 9:34 PM