Keadaan banjir di Mukim Siong, Baling berikutan hujan sejak petang hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Keadaan banjir di Mukim Siong, Baling berikutan hujan sejak petang hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Safuri Kamarudin

Baling: Dua keluarga di Mukim Siong di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari apabila kediaman mereka dinaiki air.

Hujan lebat sejak petang hari ini menyebabkan air mula masuk ke rumah penduduk pada 8 malam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, antara kawasan terjejas adalah Kampung Batu 8, Sri Ketengga,Tanjung Pari, Batu 60, Bukit Sebelah,Baru, Bandar dan Kuala Kedua.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rumah yang terbabit dalam siasatan dan pemantauan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang turun ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

"Anggota APM sudah bergerak ke lokasi selepas menerima laporan daripada penghulu mukim," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 10:21 PM