GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Samadi Ahmad

Putrajaya: Peluang keemasan apabila Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membenarkan semula sesi lawatan keluarga individu yang mendapatkan rawatan (klien) di semua Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara.

AADK dalam kenyataan memaklumkan, sesi lawatan itu bertujuan memberi peluang kepada keluarga dan penjaga klien untuk bertemu mesra.

"Ia sebagai pendekatan teraputik dalam menyokong klien untuk terus memberi komitmen mengekalkan usaha pemulihan dilalui," katanya.

Menurutnya, sesi lawatan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.

Kata kenyataan itu, terdapat beberapa ketetapan perlu dipatuhi dalam sesi lawatan keluarga antaranya kehadiran keluarga adalah secara temu janji awal.

"Temu janji awal perlu dibuat melalui Pegawai Pemulihan menerusi panggilan telefon; Mesej Pesanan Ringkas (SMS); pesanan melalui aplikasi WhatsApp, surat atau e-mel bagi mengelakkan kesesakan.

"Lawatan tanpa temu janji adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh pandemik ini. maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi PUSPEN atau melayari laman web rasmi AADK di www.adk.gov.my," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Oktober 2021 @ 4:00 PM