GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Pulau Pinang membenarkan warga asing yang menerima vaksin lengkap menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid serta bermula esok.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata, warga Malaysia yang baru mendapat satu dos vaksin juga dibenarkan solat di masjid dan surau mengikut prosedur operasi standard (SOP) terdahulu.

Katanya, bilangan jemaah pula kekal iaitu mengikut keluasan masjid dan surau di kawasan masing-masing.

"Manakala had umur jemaah yang dibenarkan adalah antara 12 hingga 70 tahun namun bagi yang berusia 71 ke atas dan sihat, mereka tidak digalakkan hadir tetapi dibenarkan solat di masjid dan surau," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sementara kuliah subuh dibenarkan setakat 45 minit selepas solat dengan kedudukan jemaah kekal di sejadah masing-masing.

"Imam dan khatib jemputan juga masih tidak dibenarkan memimpin solat atau menyampaikan khutbah Jumaat.

"Pihak masjid dan surau disaran membentuk jawatan kuasa pemantau bagi memastikan SOP ini dipatuhi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 6:14 PM