SUASANA sekitar pengebumian jenazah positif Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. FOTO Muhd Asyraf Sawal
SUASANA sekitar pengebumian jenazah positif Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Sejumlah 208 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 120 kes tertunggak menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di negara ini meningkat kepada 26,143 kes.

Menerusi data yang dikongsi dalam laman web COVIDNOW, sebanyak 88 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam iaitu sehingga 11.59 malam semalam.

Selain itu, terdapat 64 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), sekali gus menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum mendapat bantuan perubatan sebanyak 5,232 kes.

Lembah Klang melaporkan kes kematian tertinggi termasuk kes tertunggak iaitu 80 kes membabitkan Selangor (76) dan Kuala Lumpur (4).

Selain itu, masing-masing 30 kes kematian dilaporkan di Johor dan Pulau Pinang, Sabah (22), Kedah (12), Kelantan (9), Perak (8), Terengganu (7), masing-masing empat di Pahang dan Perlis serta Sarawak (2).

Empat lagi negeri dan wilayah iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya pula tidak melaporkan sebarang pertambahan kes kematian akibat Covid-19.

Setakat ini, sebanyak 169,718 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 direkodkan, dan daripada jumlah itu 82.8 peratus atau 140,598 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sebanyak 18,957 pesakit Covid-19 atau 11.2 peratus turut diletakkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hospital (9,185), unit rawatan rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (413) serta ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan (565).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 10:28 AM