Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Malaysia merapatkan hubungan dua hala dengan Jepun menerusi kerjasama berterusan kedua-dua negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mengadakan pertemuan dengan Duta Jepun di Malaysia, Hiroshi Oka di Kedutaan Jepun di sini, tadi, berkata, perbincangan menyentuh kerjasama Japan Int'l Cooperation Agency (JICA) dan Malaysia.

Menurutnya, antara lain menyentuh isu pemanasan global dan pengurusan bencana.

"Kami berdua bersetuju bahawa pemanasan global adalah salah satu penyebab berlaku bencana.

"Oleh itu, Kerajaan Jepun berusaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida menjelang tahun 2050," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu Hiroshi Oka turut berkongsi budaya yang diterap kepada penduduk Jepun mengenai tindakan semasa dan selepas bencana.

"Diharapkan kita dapat mempelajari lebih banyak mengenai pengurusan dan mitigasi bencana secara lebih tersusun dan cekap," katanya.

Dr Abdul Latiff berharap hubungan baik Malaysia dan Jepun itu akan memberi manfaat dan kebaikan kepada kedua-dua negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 2:56 PM