KEADAAN kawasan kejadian tanah runtuh di Kemensah Height. FOTO Ihsan Penduduk
KEADAAN kawasan kejadian tanah runtuh di Kemensah Height. FOTO Ihsan Penduduk
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerja-kerja awal pembersihan runtuhan di Kemensah Heights, di sini, digerakkan oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Gombak, petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, kerja terbabit termasuk memastikan aliran sungai mengakibatkan mendapan di kawasan terbabit.

Beliau berkata, aliran air sungai yang sebelum ini menghalang laluan air kini kembali lancar biarpun hujan turun petang tadi.

"Dalam masa sama, Majlis Perbandaran Ampang Jaya turut memulakan kerja pemasangan kain kanvas sebagai sebahagian usaha menghalang air hujan terus mengenai tanah runtuhan di sini," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan runtuhan di sini hari ini.

Hari ini, Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan telah meminta daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM1 juta bagi tujuan pembinaan cerucuk besi bagi menahan sebarang pergerakan tanah di kawasan cerun runtuhan di Jalan Kemensah Heights di sini, semalam.

Semalam, sebanyak tiga rumah banglo dan 12 rumah jenis bandar membabitkan 27 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Berita berkaitan

Kawasan tanah runtuh di Kemensah Heights diisytihar kawasan bencana

Hanya sedar berlaku tanah runtuh selepas 10 jam

'Bina cerucuk besi di lokasi tanah runtuh' - Azmin [METROTV]

103 penduduk Kemensah Heights dipindahkan

Tanah runtuh Kemensah Heights: KSM sedia bantu

'Dengar bunyi meletup' [METROTV]

Kolam renang, belakang banglo 'menggelongsor' ke sungai

Aliran air bawah tanah punca runtuhan di Kemensah Heights

28 keluarga terjejas akibat tanah runtuh di Kemensah Heights

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 8:45 PM