AMIRUDIN, gambar fail. FOTO NSTP
AMIRUDIN, gambar fail. FOTO NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pihak Bencana Negeri mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di Kemensah Heights, di sini sebagai kawasan bencana berikutan kesemua kawasan terjejas tidak selamat untuk dihuni.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia termasuk tiga rumah banglo iaitu di Lot 6, Lot 8 dan Lot 10 kerana dikhuatiri berlaku pergerakan tanah.

"Insiden ini membabitkan runtuhan berlaku di tiga banglo berkenaan malah runtuhan itu turun ke sungai yang mana sebahagiannya menghimpit kawasan perumahan bandar di bawahnya," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di lokasi kejadian hari ini.

Amirudin berkata, buat masa ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan meletakkan kain kanvas di kawasan runtuhan untuk mengelakkan terdedah kepada air lalu menyebabkan runtuhan baharu susulan keadaan cuaca tidak menentu.

Selain itu, kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan khas RM500 diberikan kepada setiap keluarga mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights.

Beliau berkata bantuan terbabit diberikan segera bagi meringankan beban kesemua 27 keluarga terbabit.

Hari ini, Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan meminta peruntukan daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM1 juta untuk tujuan pembinaan cerucuk besi bagi menahan sebarang pergerakan tanah di kawasan cerun runtuhan di Jalan Kemensah Height.

Semalam, sebanyak tiga rumah banglo dan 12 rumah jenis bandar membabitkan 27 keluarga terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Berita berkaitan

Hanya sedar berlaku tanah runtuh selepas 10 jam

'Bina cerucuk besi di lokasi tanah runtuh' - Azmin [METROTV]

103 penduduk Kemensah Heights dipindahkan

Tanah runtuh Kemensah Heights: KSM sedia bantu

'Dengar bunyi meletup' [METROTV]

Kolam renang, belakang banglo 'menggelongsor' ke sungai

Aliran air bawah tanah punca runtuhan di Kemensah Heights

28 keluarga terjejas akibat tanah runtuh di Kemensah Heights

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 8:33 PM