AIDI Sham (dua kanan) sedang memeriksa peniaga di sebuah restoran di Lukut, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
AIDI Sham (dua kanan) sedang memeriksa peniaga di sebuah restoran di Lukut, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kedai makan dan lokasi tumpuan pengunjung akan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya dengan kerjasama beberapa agensi akan terus membuat pemeriksaan terutama ketika hujung minggu di semua kawasan menjadi tumpuan pelancong.

"Kami akan memastikan semua premis mengikut SOP ditetapkan kepada peniaga dan pengunjung seperti disarankan kerajaan bagi mengawal jangkitan wabak Covid-19 di daerah Port Dickson.

"Sejak seminggu lalu, Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Port Dickson kembali sesak dengan pengunjung yang datang untuk berkelah, sekali gus kedai makan turut menjadi tumpuan orang ramai," katanya ketika ditemui dalam Operasi pematuhan SOP di Lukut, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menegur pengunjung dan pemilik premis mengenai keperluan penjarakan fizikal termasuk pelanggan yang 'dine-in' atau makan di mana-mana premis.

Menurutnya, selain menjaga penjarakan fizikal, mereka perlu menunjukkan sijil vaksinasi lengkap.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 September 2021 @ 6:03 PM