GAMBAR yang diberikan NASA mengenai fenomena meteor Perseid di West Virginia, Amerika Syarikat, semalam (11 Ogos). FOTO EPA
GAMBAR yang diberikan NASA mengenai fenomena meteor Perseid di West Virginia, Amerika Syarikat, semalam (11 Ogos). FOTO EPA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids dijangka lewat malam ini hingga awal pagi esok.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), purata bilangan tahi bintang yang dijangkakan dapat dilihat pada masa kemuncaknya adalah sekitar 60 hingga 100 meteor sejam serta boleh mencecah hingga 150 meteor sejam.

"Pancuran Meteor Perseid selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik.

"Orang ramai boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas daripada pencemaran cahaya," menurut kenyataan itu.

Fenomena angkasa (pancuran) ini berlaku setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle.

Nama meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 11:35 PM