Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Saluran YouTube Harian Metro mencatat satu juta langganan dan menghampiri satu bilion tontonan sejak 2009, hari ini.

Dengan kejayaan ini, saluran Youtube Harian Metro di https://www.youtube.com/hmetromy menjadi saluran yang mempunyai antara paling ramai dengan purata 23 juta tontonan sebulan di aplikasi itu.

Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit berkata, segmen video Harian Metro yang mula dibuka sejak 2009 itu sehingga kini mempunyai lebih 34,000 video.

"Langganan lebih satu juta ini membuktikan video yang dihasilkan Harian Metro sentiasa berubah mengikut peredaran masa untuk memenuhi cita rasa audien.

"Terima kasih kepada audien yang terus menyokong Harian Metro melalui akhbar kami sejak 30 tahun lalu, dan kini mengikuti melalui saluran YouTube pula," katanya.

Saluran Youtube Harian Metro.
Saluran Youtube Harian Metro.

Beliau berharap sokongan daripada pembaca akan berterusan dalam memilih Harian Metro sebagai rujukan utama berita semasa.

"Kami berharap sokongan anda tidak akan terhenti kerana kami akan terus memberikan yang terbaik buat semua audien sama ada di media cetak atau platform digital.

"Harian Metro sentiasa memberi informasi berita terkini menerusi laman sosial rasmi di laman web Harian Metro dan saluran YouTube," katanya.

Untuk laman sosial, peminat Facebook (FB) Harian Metro kini mencatatkan lebih 5.2 juta pengikut, Twitter rasmi HM meraih 1.3 juta pengikut, Instagram (671,000) dan aplikasi terbaru, TikTok mencatatkan 14,000 pengikut.

Orang ramai boleh terus melayari semua digital platform rasmi Harian Metro untuk mendapatkan berita mutakhir dalam dan luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 6:27 PM