Ridhatul Rizki


SALURAN percuma MetroTV di Youtube yang boleh ditonton di www.youtube.com/hmetromy kini mempunyai lebih 100,000 langganan sejak diperkenalkan pada Disember 2009.

Berdasarkan laporan Youtube Analytics, jumlah langganan MetroTV di Youtube dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini bertambah sebanyak 13,999 langganan iaitu peningkatan 57.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

Selain itu, langganan MetroTV di Youtube mula meningkat secara drastik sejak 2013 apabila mencatatkan 23,427 langganan berbanding 5,414 langganan pada 2012.

Majoriti yang melanggan saluran itu adalah dari Malaysia iaitu seramai 53,650 orang manakala 7,396 dari Amerika Syarikat dan 4,106 menonton dari Indonesia.

Berdasarkan analisis demografi dari Youtube, lelaki lebih mendominasi waktu tontonan dengan peratusan 66 peratus berbanding wanita, 34 peratus.

Sementara itu, video dengan tajuk Pelacur Dalam Akuarium yang dimuat naik pada 31 Disember 2010 memperoleh jumlah tontonan tetinggi iaitu sebanyak 9,111,136 tontonan.

Video dengan tajuk Isteri Pelakon Dan Pelawak Dicekup Khalwat yang dimuat naik pada 13 Ogos 2016 pula ditonton sebanyak 3,154,052 kali, manakala video Kompleks Berahi yang dimuat naik pada 13 Januari 2012 pula memperoleh 2,389,652 tontonan sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 9:40 PM
MetroTV di Youtube yang boleh ditonton di www.youtube.com/hmetromy kini mempunyai lebih 100,000 langganan sejak diperkenalkan pada Disember 2009.
MetroTV di Youtube yang boleh ditonton di www.youtube.com/hmetromy kini mempunyai lebih 100,000 langganan sejak diperkenalkan pada Disember 2009.