GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Remaja lelaki berdepan trauma selepas menjadi mangsa lelaki nafsu songsang yang dikenalinya melalui aplikasi Blued, awal bulan ini.

Mangsa berusia 14 tahun yang bimbang dengan keselamatan diri tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, di sini, Selasa lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian pada 10 pagi itu, mangsa bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dikatakan bertemu dengan suspek di sebuah medan selera.

"Mereka kemudian dibawa menaiki kereta ke kawasan parkir di Jalan Dagang, di sini, sebelum suspek meminta adik perempuan mangsa keluar sebentar.

"Ketika mereka berdua berada di dalam kereta, suspek melakukan perbuatan tidak senonoh dan mangsa yang ketakutan hanya berdiam diri dan mengikut arahan lelaki itu," katanya.

Katanya, selepas melakukan perbuatan itu, suspek menghantar dua beradik terbabit pulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Julai 2021 @ 4:58 PM