MOHD Nazuki menunjukkan gambar anaknya Mohammad Rayyan Fitri yang maut disengat tebuan. FOTO Rosli Ilham.
MOHD Nazuki menunjukkan gambar anaknya Mohammad Rayyan Fitri yang maut disengat tebuan. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


Dungun: Bedah siasat ke atas murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Minda, di sini mengesahkan kematiannya akibat bisa disengat tebuan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, bedah siasat itu dilakukan Unit Forensik Hospital Dungun pada 12 tengah hari, hari ini.

Katanya, jenazah mangsa, Mohammad Mohammad Rayyan Fitri Mohd Nazuki, 11, kemudian diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Mohammad Rayyan adalah mangsa kelima yang meninggal dunia kerana sengatan tebuan dalam tempoh 10 tahun.

Sebelum ini, pada Mei 2011, mandor ladang dikenali Mohd Taufik Jusoh yang berusia 26 tahun ketika kejadian, terkorban selepas diserang tebuan ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya di Ladang Risda Kampung Sedang, di sini dari Kampung Batu 48.

Pada Ogos 2017 pula, dua beradik, Iffah Darwisha Abdul Wahab dan kakaknya, Irdina Batrisyia yang berusia lapan tahun meninggal dunia selepas diserang ratusan tebuan ketika bermain di hadapan rumah di Kampung Batu Tiong, di sini.

Sementara dalam kejadian 30 Mei 3020, Nur Nazihah Mohd Sabri yang berusia lapan tahun maut selepas terkena 60 sengatan tebuan di seluruh badan ketika bermain di kawasan semak dekat rumahnya di Felda Kerteh 4.

Berita berkaitan

Murid tahun lima maut disengat tebuan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Julai 2021 @ 4:57 PM