Gambar hiasa. FOTO NSTP.
Gambar hiasa. FOTO NSTP.
Yusmizal Dolah Aling dan Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin meminta polis menyegerakan siasatan dan tindakan kepada mereka yang terbabit dalam aktiviti penjualan vaksin Covid-19 tanpa kebenaran.

Katanya, beliau turut dimaklumkan bahawa polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kegiatan itu, susulan beberapa laporan yang dibuat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

Khairy berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana penjualan vaksin mahupun janji temu tidak sepatutnya berlaku.

"Kita minta polis mengambil tindakan segera dalam isu ini, tangkap sesiapa saja yang terbabit dalam penjualan seperti ini," katanya pada sidang media perkembangan PICK yang turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, yakin nilai ambang dalam Pelan Pemulihan Negara akan mula dicapai pada pertengahan Julai.

"Bagi nilai ambang 10 peratus pertama, kita jangkakan di peringkat kebangsaan akan capai pada pertengahan Julai.

"Ia berbeza mengikut negeri-negeri tetapi saya yakin semua negeri akan mencapai nilai ambang yang pertama pertengahan Julai ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 5:10 PM