Anggota bomba mengeluarkan dan merawat kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tersepit dalam lubang tandas di kediamannya di Taman Bendahara, semalam. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota bomba mengeluarkan dan merawat kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tersepit dalam lubang tandas di kediamannya di Taman Bendahara, semalam. FOTO IHSAN BOMBA
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Kanak-kanak perempuan menahan sakit selama setengah jam selepas kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas di kediamannya di Taman Bendahara, di sini, semalam.

Bimbang dengan kejadian jam 1.50 petang, ahli keluarganya menghubungi talian kecemasan untuk memohon bantuan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima makluman.

"Pasukan kemudian berjaya mengeluarkan kaki mangsa dengan menggunakan peralatan khas," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, kaki kiri mangsa berusia 11 tahun itu dapat dikeluarkan pada 2.20 petang.

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 12:38 PM