LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,500 ke atas seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang didakwa berkaitan kes kartel daging sejuk beku.

Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail memutuskan hukuman itu atau penjara sebulan jika gagal membayar denda, selepas tertuduh, Khairul Izat Sulaiman, 31, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Sebelum itu, Khairul Izat didakwa secara berasingan bersama tiga lagi rakan sekerja dan seorang pengurus syarikat logistik atas 10 pertuduhan yang membabitkan kes kartel daging sejuk beku, antara Disember 2016 hingga Disember 2020.

Khairul Izat didakwa gagal melaporkan menerima rasuah sebanyak RM100 pada 10 November 2020 daripada Abdul Latif A Rahman, 55, sebagai ejen penghantaran QFF Logistic Sdn Bhd bagi mempercepatkan proses pemeriksaan dokumen dan fizikal konsainan.

Dia melakukan perbuatan itu di pejabat Maqis, Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah dan didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita Berkaitan

  • Kes kartel daging: 4 penguat kuasa Maqis, pengurus syarikat didakwa [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 4:41 PM