MASJID Muhammadi. FOTO Arkib NSTP
MASJID Muhammadi. FOTO Arkib NSTP
Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Masjid Muhammadi, di sini, ditutup selama dua minggu bermula esok sehingga 31 Mei depan berikutan penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan jemaah di masjid berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Zulkifle Ab Rahman berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan atas saranan Pejabat Daerah Kesihatan Kota Bharu bagi membendung penularan wabak itu yang semakin serius.

"Justeru, pihak kami mengarahkan agar masjid ini ditutup selama dua minggu kepada jemaah.

"Hanya 13 kakitangan masjid terdiri imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan sahaja yang dibenarkan berjemaah di masjid ini sepanjang tempoh itu selepas menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 5:59 PM