MANGSA yang dilanggar ketika menjalankan operasi trafik di Plaza Tol Templer.
MANGSA yang dilanggar ketika menjalankan operasi trafik di Plaza Tol Templer.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Rawang: Seorang inspektor polis cedera dirempuh motosikal ketika menjalankan operasi trafik di Plaza Tol Templer arah barat Lebuhraya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR), hari ini.

KejadianKejadian jam 12.20 tengah hari ini menyebabkan mangsa berusia 35 tahun mengalami cedera di kepala dan pinggang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketika kejadian mangsa bersama beberapa anggota trafik menjalankan operasi cuba menahan motosikal ditunggangi seorang lelaki.

Beliau berkata, suspek berusia 37 tahun itu menunggang Yamaha RXZ bagaimanapun enggan berhenti sebelum merempuh sekatan jalan raya berkenaan.

Menurutnya, suspek juga merempuh mangsa yang cuba menahannya sehingga terjatuh.

"Suspek kemudian memecut motosikal untuk meloloskan diri namun anggota trafik berjaya menahannya tiga kilometer dari lokasi operasi.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil," katanya, hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati cukai jalan motosikal suspek sudah tamat tempoh.

Katanya, suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau akan direman esok untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 5:34 PM