MAYAT seorang lelaki ditemui penduduk di tali air Kampung Kerasan, Bunut Susu. FOTO Ihsan pembaca
MAYAT seorang lelaki ditemui penduduk di tali air Kampung Kerasan, Bunut Susu. FOTO Ihsan pembaca
Syaherah Mustafa

Pasir Mas: Mayat lelaki ditemukan di dalam tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Kampung Kerasan, Bunut Susu, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima laporan awam mengenai penemuan mayat terbabit pada 9.10 pagi sebelum anggota polis dihantar ke lokasi kejadian.

"Terdapat mayat lelaki berpakaian lengkap di dalam tali air dan mangsa dikenal pasti sebagai penganggur berusia 20 tahun dari Kampung Aur Cina, Slow Machang, di sini.

"Ia berdasarkan maklumat abang mangsa berusia 41 tahun yang membuat pengecaman dan mengakui mayat adiknya berdasarkan seluar dan bentuk jam tangan yang dipakai mangsa," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 April 2021 @ 5:56 PM