TANGKAP layar video yang tular di laman sosial. FOTO tular
TANGKAP layar video yang tular di laman sosial. FOTO tular
Muhaamad Hafis Nawawi


Kajang: Lelaki warga emas yang mengalami masalah kesihatan tersilap memasuki laluan motosikal ketika memandu kereta di Lebuhraya Grand Saga, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pemandu berusia 78 tahun itu memandu Mercedes Benz dalam perjalanan dari Balakong menghala ke Kuala Lumpur pada jam 10.55 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di Plaza Tol Batu 11, dia tersilap memasuki laluan motosikal yang mana jalan itu tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan selain motosikal.

"Pemandu terbabit dikesan di rumahnya. Hasil siasatan mendapati dia tidak berapa sihat dan mengakui tersilap memasuki lorong motosikal.

"Siasatan polis mengesahkan kes ini tidak membabitkan sebarang kemalangan dan tindakan saman dikeluarkan kepada pemandu mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu-lintas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 8:08 PM