KFC Malaysia menafikan promosi palsu yang tular di media sosial.
KFC Malaysia menafikan promosi palsu yang tular di media sosial.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Promosi tular di media sosial mengenai tawaran Snack Plate 8x / 3x dengan harga RM20 adalah palsu dan tidak berkaitan dengan KFC Malaysia dalam apa juga bentuk sekalipun.

Dalam satu makluman, KFC Malaysia berkata, pelanggan dinasihatkan untuk tidak membalas dan berkongsi promosi palsu berkenaan.

Katanya, pihaknya turut menasihatkan orang ramai agar berkongsi maklumat mengenai promosi palsu itu dengan rakan dan keluarga, selain berhati-hati dengan promosi tidak berkaitan seperti itu pada masa depan.

"Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran promosi menarik yang tidak berkaitan dengan KFC Malaysia.

"Jika anda menemui sebarang kegiatan penipuan di media sosial, laman web dalam talian atau mana-mana platform komunikasi dan pesanan, kami menggesa anda untuk tidak berkongsi maklumat peribadi.

"Sila rujuk laman web rasmi KFC Malaysia dan saluran media sosial yang mempunyai tanda biru untuk berita terkini dan promosi berterusan yang sah," katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi khidmat pelanggan KFC Malaysia di 1300-222-888 atau https://kfc.com.my/support.

Terdahulu tular di media sosial mengenai promosi palsu itu yang mengundang persoalan orang ramai mengenainya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 8:43 PM