SUNTIKAN vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech. FOTO arkib NSTP
SUNTIKAN vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech. FOTO arkib NSTP
Wartawan HM

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju membabitkan pengamal perubatan am swasta (GP) dalam pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua dan ketiga.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, persetujuan dicapai pada mesyuarat khas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Katanya, pembabitan GP bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat.

"Bagi tujuan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melantik ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebagai pelaksana penglibatan GP dalam PICK.

"GP yang berminat untuk terlibat dalam PICK bagi Fasa 2 dan 3, perlu berdaftar dengan ProtectHealth bermula 8 Mac 2021 melalui laman web www.protecthealth.com.my," katanya dalam perkongsian di Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ProtectHealth diperbadankan pada 2016 di bawah KKM sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan.

Menurutnya, pihaknya akan mengemaskini maklumat lanjut mengenai perkara itu dari semasa ke semasa.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 5:17 PM