GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 92.5 peratus atau 21,719,553 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, sebanyak 39,234,306 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

"Semalam, sebanyak 248,410 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 10:51 AM