PELBAGAI jenis kayu balak yang dirampas. FOTO MELVIN JONI
PELBAGAI jenis kayu balak yang dirampas. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


Kuching: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 300 tan kayu balak dianggarkan bernilai lebih RM500,000 dalam serbuan di kawasan pembalakan haram di Nanga Lupus, Kawonit, semalam.

Komander PGA Sarawak, Senior Asisten Mancha Ata berkata, serbuan kira-kira jam 10.20 pagi itu dijalankan pasukan Unit Risik Batalion 10 PGA Sibu.

Katanya, turut dirampas tiga jengkaut, sebuah jana kuasa dan sebuah mesin pam air.

"Pasukan serbuan Op Libas itu turut menahan dua lelaki tempatan berusia 38 dan 39 tahun yang disyaki terbabit dengan aktiviti pembalakan haram itu.

"Tangkapan dan rampasan dibuat mengikut Ordinan Hutan Sarawak 2015 dan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Wilayah Sibu untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara dalam kes berasingan, Mancha berkata pasukan Batalion 11 PGA Batu Kawa menahan seorang wanita warga Indonesia ketika cuba masuk melalui jalan tikus di Ladang Sawit Salcra Mongkos, Serian.

Katanya, wanita itu ditahan kira-kira jam 1.15 petang semalam dan ketika diperiksa dia gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Wanita berkenaan diarahkan berpatah balik ke menggunakan laluan sama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 2:45 PM