Beberapa laluan utama di sekitar Bandar Chukai mula dinaiki air. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Beberapa laluan utama di sekitar Bandar Chukai mula dinaiki air. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Zatul Iffah Zolkiply


Chukai: Beberapa laluan utama di sekitar bandar Chukai mula dinaiki air sejak 5 petang, hari ini.

Tinjauan mendapati air melimpah ke laluan utama di kedua-dua arah dari Geliga menghala bandar Chukai menyebabkan suasana jalan sedikit sesak.

Selain melimpah ke laluan utama, air turut memenuhi pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai.

Difahamkan, air mula memasuki pekarangan BBP Chukai kira-kira 2 petang hari ini.

Beberapa premis termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai turut dinaiki air, malah laluan ke Kampung Bukit Mentok turut ditutup susulan kenaikan air yang mendadak.

Limpahan air ke beberapa laluan utama berlaku susulan limpahan air sungai dari kawasan Hulu Kemaman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2021 @ 8:54 PM