HUJAN di Kuala Lumpur, semalam. MetMalaysia mengeluarkan Amaran Cuaca Waspada di beberapa negeri. FOTO Aswadi Alias
HUJAN di Kuala Lumpur, semalam. MetMalaysia mengeluarkan Amaran Cuaca Waspada di beberapa negeri. FOTO Aswadi Alias
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran cuaca waspada itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) sehingga 19 Dis, sementara Johor (Mersing dan Kota Tinggi) pula sehingga esok (18 Dis).

Selain itu, amaran cuaca yang sama turut melanda Sabah melibatkan Lahad Datu di Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat dalam tempoh dua hari iaitu esok (18 Dis) sehingga 19 Dis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 3:32 PM