ANTARA individu yang diperiksa dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Puchong Mesra, semalam.
ANTARA individu yang diperiksa dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Puchong Mesra, semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Seramai 15 individu ditahan manakala 24 lagi dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam dua serbuan berasingan di pusat hiburan di Jalan Puchong Mesra, Cheras, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan di dua lokasi mendapati pusat hiburan berkenaan beroperasi ketika tempoh PKPB dilaksanakan.

"Serbuan di lokasi pertama polis menahan tujuh individu lima daripadanya adalah pelayan pelanggan warga Vietnam.

"Kompaun dikeluarkan terhadap 14 individu yang juga pelanggan di pusat hiburan berkenaan. Siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan yang sah," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, serbuan kedua di lokasi berhampiran pula menahan lapan individu termasuk lima pelayan pelanggan warga Vietnam dan Thailand.

"Seramai 11 individu yang juga penjaga kaunter dan pelanggan turut dikompaun kerana melanggar SOP PKPB.

"Polis merampas peralatan audio dan telefon pintar milik penjaga kaunter di pusat hiburan berkenaan," katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (B) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," kata

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 6:27 PM