GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Safuri Kamarudin


Baling: Selepas melarikan diri akhirnya suspek menikam isterinya dengan pisau dua hari lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah(IPD) Polis Baling, 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali berkata, suspek ditemani bapanya.

Beliau berkata, polis mendapat perintah reman selama tujuh hari sehingga 27 November depan untuk menahan suspek bagi membantu siasatan polis.

"Bapa mangsa membawa dan menyerah suspek kepada polis berikutan kejadian itu.

"Difahamkan suspek seorang penganggur dan bergantung isterinya bekerja sebagai operator kilang untuk menyara keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu wanita cedera di perut dipercayai ditikam suaminya selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Kampung Iboi, Kupang.

Lelaki berusia 33 tahun itu melarikan diri sehinggalah dia menyerah diri malam tadi.

Syed Basri berkata, isteri suspek berusia 36 tahun masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan keadaannya stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita berkaitan:

  • Wanita cedera ditikam suami
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 12:34 PM