Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang melakukan kerja-kerja menyelamatkan dua orang lelaki di dalam sebuah kereta Produa MyVi yang terbabas ke dalam gaung di hadapan kawasan Perumahan Rakyat di Kluang Kira-kira jam 12.01 tengah malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA

Adnan Ibrahim

Kluang: Seorang lelaki maut apabila Perodua MyVi dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter di Kilometer 85.5 Jalan Kota Tinggi- Kluang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner, Low Hang Seng berkata, Hairul Hilman Rizal, 22, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Wad Kecemasan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom HEBHK) di sini, kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu turut menyebabkan rakannya yang berumur 21 tahun cedera ringan.

Katanya, siasatan mendapati kereta dinaiki mangsa dari arah Kota Tinggi ke Bandar Kluang itu terbabas selepas pemandu hilang kawalan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kemalangan dipercayai berlaku akibat daripada pemandunya hilang kawalan," katanya melalui kenyataan kepada media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 4:42 PM