Syafiq (kiri) melihat anaknya ditahnik di Surau Kuala Betis, hari ini. FOTO Ramli Ibrahim.
Syafiq (kiri) melihat anaknya ditahnik di Surau Kuala Betis, hari ini. FOTO Ramli Ibrahim.
Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my


Gua Musang: Lebih setahun memeluk Islam, suami isteri Orang Asli di sini, bersyukur dan gembira apabila dapat melakukan acara tahnik untuk anak mereka berusia tiga minggu, hari ini.

Syafiq Arip, 21, berkata, dia dan isterinya Suriana Halim, 18, dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Khairul Rijal Syafiq.

Katanya, mereka yang tinggal di Kampung Lambok beruntung dapat melakukan tahnik ketika program Maulidur Rasul yang diadakan di Surau Kuala Betis di sini.

"Saya teruja dapat berselawat dan bertahnik anak sulung. Ini pertama kali kami mengikuti program seperti ini.

"Memang penduduk Orang Asli lain ada yang memeluk Islam tetapi tidak pernah mengadakan program seumpama ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Program itu dikendalikan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasarudin Hassan.

Sementara itu, Nasrudin berkata, pihaknya berkunjung ke kampung Orang Asli bagi mendedahkan mereka dengan aktiviti keagamaan terutama ketika bulan sambutan Maulidur Rasul.

Pihaknya berpendapatan masyarakat itu yang beragama Islam jarang sekali mengikuti program seumpama itu selain tahnik untuk bayi baru dilahirkan.

"Kita harap boleh lakukan lagi program begini selepas ini," katanya.

Selain program itu, Yadim turut menyampaikan sumbangan barang makanan kepada asnaf Orang Asli yang terjejas pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 3:02 PM